ADAB DAN AKHLAK
Saya pernah terbaca tentang kisah Shopie Petronin . Dia kata yang membuatkan dia memeluk Islam adalah kerana tertarik dengan adab dan akhlak kumpulan Islam yang menangkap dan menahan dia di Mali.
Adab dan akhlak tu sebenarnya adalah dakwah yang terbaik yang kita sendiri sebagai orang Islam boleh buat. Malangnya, ramai antara kita yang tak menjaga adab atau menunjukkan akhlak sebenar yang Rasulullah saw dah ajar yang terkandung dalam Al-Quran. Mungkin sebab kita bergaul sesama orang Islam Melayu. Kita lupa semua yang kita belajar dalam kelas agama. Kita rasa tidak perlu untuk berusaha menunjukkan akhlak yang baik.
Adab dan akhlak yang baik itu datang dari hati yang baik. Kalau hati kita ikhlas dan baik, tidak akan ada perasaan irihati. Kita tidak sanggup mengata atau menceritakan keburukan orang lain. Kita tidak akan berpura-pura di depan orang atau dalam ertikata lain, hipokrit. Kita tidak akan menggunakan kata-kata yang kesat atau biadab terhadap orang lain.
Apa yang kita kata, fikir, tulis, dan tindakan kita semuanya dari hati. Hati yang baik akan melahirkan kata-kata dan perbuatan yang baik.
Saya selalu kata kepada anak-anak saya, tak guna kita ada muka yang cantik atau handsome kalau kita tak ada adab dan akhlak yang baik. Walaupun kita tak cantik, tetapi kalau kita mempunyai adab dan akhlak yang baik, akan terserlah kecantikan kita.
Nasihat saya kepada semua, semak balik diri anda. Adakah anda tergolong dalam kumpulan orang-orang yang hanya berpura-pura baik di hadapan orang tetapi di hati penuh dengan rasa benci. Penuh dengan sikap yang hipokrit.
Belajarlah untuk sentiasa fikirkan yang baik, kata yang baik dan buat perkara baik.
Mungkin dah sampai masa untuk kita berubah menjadi contoh yang terbaik kepada orang lain disekeliling kita.
Photo Credit : Zulkiflie Alfia of Aria Citra

Comments
Post a Comment